APA ITU MANDI WAP ATAU SAUNA
Asal
usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun
dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah
masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman
masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi
“Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti
kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat
lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan
nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan
moden.
Mandi wap tradisional melayu
Pada
masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi
wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit
diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau
selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit
akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya
akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah,
akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak
turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri
dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan
penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan
telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam
suasana yang lebih nyaman dan selesa.
Kesan mandi wap herba
Wap
herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:Kesan panas dari wap
memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap,
kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut
seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi
wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana
haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit
mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh
badan.
Proses ini
akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient
terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah
mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan
lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Wap
memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan
urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga
melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan
kebas-kebas tubuh badan.Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala
kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan
menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk
menghilangkan kelemumur.Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan
terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang
baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga
pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis
(radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).
Khasiat – khasiat lain adalah:
1. Melancarkan perjalanan darah & imunisasi badan
2.Baik
untuk bertangas bagi ibu-ibu selepas bersalin. mengembalikan kepada
bentuk asal badan yang lebih ramping, memecahkan lemak &
membanyakkan susu badan.
3. Menggantikan sel-sel mati & memberikan kesegaran pada kulit
4.Terbaik dapat menghilangkan stress dan anda kelihatan sentiasa muda & sihat
DAPATKAN MANDI WAP DI PREMIS KAMI HUBUNGI : SOFIAH BT ABDULLAH 016-4058128@019-5129128
Tiada ulasan:
Catat Ulasan