Urut Tradisional | Lenguh-Lenguh Disebabkan Oleh Penyakit Dan Ketegangan Urat.
Masalah lenguh-lenguh dalan rawatan urut tradisional
yang dialami oleh seseorang adalah berpunca dari ketegangan urat saraf
dan adakalanya disebabkan oleh sesuatu penyakit yang dihidapinya.Pendek
kata setiap orang bermula dari golongan petani,buruh kasar hinggalah
kepada para professional khususnya pasti mengalami masalah ini sekali
sekala atau berterusan.
Urut Tradisional | Sebab-Sebab Berlaku Lenguh-Lenguh.

Adalah terlalu amat malang bagi masyarakat moden kini yang maju dan
berpendidikan tinggi tetapi tidak tahu membahagikan
masa.Akibatnya,berlakulah ketegangan urat saraf serta pembengkakan
otot-otot di mana ianya boleh memperlahan perjalanan darah di dalam
badan dan akhirnya menimbulkan pelbagai masalah termasuklah penyakit
lenguh-lenguh.
Urut Tradisional | Golongan Yang Sering Terkena Demam Urat.
Setakat ini talah dikenalpasti kira-kira 15 kumpulan yang dikatakan
mengalami demam urat samada bermusim ataupun secara berterusan.Antara
mereka adalah:
1. Lelaki yang baru sebulan dua mendirikan rumahtangga.
2. Pemandu atau penumpang kenderaan di perjalanan yang jauh sekali sekala.
3. Orang yang politik dimusim Pilihan Raya.
4. Ahli sukan atau pemain bola yang sudah bersara.
5. Penyanyi Kelab Malam.
6. Kumpulan Berdikir Barat diwaktu tengah malam.
7. Kumpulan dalam pertandingan rebana.
8. Kakitangan/pekerja malam tanpa tidur.
9. Pengidap penyakit gout.
10. Pengidap penyakit kencing manis.
11. Berpindah rumah,angkat barang sendiri.
12. Pegawai/Kakitangan bertugas di atas kapal terbang.
13. Mangsa yang terbabit dalam kemalangan yang teruk.
14. Seseorang yang diurut dengan tekanan yang terlalu kuat.
15. Tukang Urut.Bomoh Urut yang menjalankan tugas di tengah malam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan