
Setelah pesakit menjalani satu sesi rawatan
urut tradisional
bahagian belakang badan iaitu semasa pesakit meniarap,pesakit akan
diminta untuk baring terlentang pula untuk mendapatkan satu sesi rawatan
urut tradisional bahagian depan badan.Rawatan urut tradisional
bahagian depan badan ini tidaklah sepanjang masa sesi rawatan urut
tradisional bahagian belakang badan.Ianya sebagai rawatan pelengkap
untuk rawatan
urut tradisional seluruh badan
tersebut.Sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan badan ini tidak
kurang pentingnya kerana ia melibatkan rawatan urut tradisional bermula
dari kaki,naik ke atas sehingga bahagian dada.
Cara Rawatan Urut Tradisional Depan Badan.

Dalam
sesi rawatan urut tradisional bahagian depan badan ini,rawatan urut
tradisional ini melibatkan sesi rawatan semasa pesakit baring
terlentang.Rawatan urut tradisional pada posisi ini adalah rawatan urut
tradisional pada bahagian kaki,bahagian depan betis,bahagian hadapan
paha, bahagian perut, bahagian dada dan bahagian batin.
Mula-mula untuk sesi rawatan urut tradisional bahagian kaki,sesi
rawatan urut tradisional ini diberikan dalam tempoh 15 minit iaitu urut
tradisional berasaskan rawatan urut tapak kaki atau refleksilogi.Rawatan
urut tradisional ini di berikan di bahagian hadapan kaki iaitu di
celah-celah tulang kaki dan juga urutan di belakang betis atau labu
betis.Rawatan urut tradisional bahagian kaki ini diberi dengan
menghilangkan segala angin yang berkumpul di bahagian yang terlibat.
Selepas itu,sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan betis pula
diberikan di mana bahagian hadapan betis ini adalah terdiri daripada
tulang kering dan juga otot bahagian bawah tulang beserta sedikit
bahagian di labu betis.Dalam Sesi rawatan urut tradisional bahagian
depan betis ini,betis pesakit iaitu bahagian bawah tulang kering dan
sedikit labu betis akan diurut menggunakan ibu jari untuk membuang
segala angin yang berkumpul di bahagian tersebut.Di bahagian hadapan
betis ini terdapat satu urat besar sebesar ibu jari tangan sepanjang 1
kaki yang terletak betuk-betul di tepi tulang kering.Urat ini biasanya
tukang urut tradisional sentuh atau urut dengan urutan yang lembut dan
tidak terlalu keras kerana ia sensitif.Jika tersilap tekanan akan
memberi satu rasa kesakitan yang melampau yang memakan masa berhari-hari
untuk hilang walaupun segala angin di bahagian tersebut telah
hilang.Bahagian yang dikecualikan urut di bahagian depan betis ini
adalah atas tulang kering tersebut kerana di situ tidak terdapat apa-apa
otot.
Selepas itu,satu sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan paha
diberikan.Untuk pelanggan yang mengalami masalah batin,sesi rawatan urut
tradisional bahagian hadapan paha ini teramat penting kerana bahagian
hadapan paha ini merupakan salah satu bahagian urat batin yang
utama.Bagi yang mengalami masalah batin,bahagian hadapan paha ini akan
keras kerana terdapat otot di sini telah mengandungi angin yang menyekat
peredaran darah yang baik ke bahagian batin.Walau angin di bahagian ini
tidak dapat dirasai dengan jelas,tetapi angin tersebut mungkin berada
di bahagian bawah otot-otot paha tersebut.Dalam rawatan urut tradisional
bahagian paha ini,tukang urut tradisional akan mengurut untuk membuang
angin yang mengeras di bahagian ini.Bagi pesakit yang mengalami masalah
batin yang serius,rawatan urut untuk membuang angin tersebut akan
disertakan dengan rawatan urut untuk melembutkan otot di bahagian
hadapan paha ini.Kesan urut tradisional paha yang baik bukan untuk
kesihatan batin sahaja,tapi paha anda akan menjadi kuat dan langkah atau
larian anda akan bertenaga selepas ini.
Selepas sesi rawatan urut tersebut,satu sesi rawatan urut bahagian
perut dimulakan di mana rawatan urut bahagian perut ini diberikan dalam
bentuk urutan berbentuk bulatan.Bahagian di sisi perut juga diberikan
selepas itu untuk menghilangkan lemak yang berada di tepi perut
kita.Yang paling utama dalam rawatan urut tradisional bahagian perut ini
adalah,perut kita akan diurut ke bahagian atas hingga sampai di
dada.Urutan ini dapat melegakan pernafasan seseorang pesakit bagi orang
yang mengalami masalah sesak nafas.
Selepas itu sesi rawatan urut tradisional bahagian dada diberikan
kepada pesakit dimana rawatan urut tradisional bahagian dada ini
diberikan untuk keseluruhan bahagian dada tersebut.Rawatan urut
tradisional dada ini akan diberikan di bahagian atas dada termasuk
bahagian sisi dada pesakit termasuk ketiak.Bagi orang yang mengalami
masalah sesak nafas,sakit dada dan bagi orang yang kuat merokok,rawatan
urut tradisional dada ini akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.Urut
tradisional dada yang baik,pasti boleh mengeluarkan kahak dan lendir
yang berada di bahagian dalam dada tersebut bagi orang yang kuat
merokok.Sesungguhnya rawatan urut tradisional dada bagi perempuan dan
lelaki berbeza.Rawatan urut tradisional dada bagi lelaki adalah
sebagaimana di atas,manakala rawatan urut tradisional dada bagi wanita
pula adalah dilarang mungurutnya ke arah bawah.Bimbang takut buah dada
akan jatuh.
Rawatan urut tradisional terakhir atau penutup adalah rawatan
urut tradisional batin.Didalam website saya ini,terdapat artikel tentang rawatan urut batin beserta kepentingannya.
Mengapa Pentingnya Rawatan Urut Tradisional Depan Badan.

Rawatan
urut tradisional bahagian hadapan badan penting kerana ianya sebagai
pelengkap selepas kita menjalani rawatan urut tradisional bahagian
hadapan badan.Dengan sesi rawatan urut tradisional bahagian belakang dan
hadapan badan yang baik dari pakar urut tradisional,pastinya,tubuh anda
akan merasa sihat dan bertenaga kembali untuk bekerja mencari rezeki
serta menjalankan aktiviti lain.Untuk memberikan nilai wang yang
tinggi,seorang pesakit atau pelanggan seharusnya menyelidik dan
seterusnya mendapat urut tradisional dari pakar rawatan urut
tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan