Selasa, 5 Februari 2013

URUTAN TRADISIONAL DEPAN BADAN

8868966 knee joint pain massage 300x255 Rawatan Urut Tradisional Bahagian Depan Badan

Setelah pesakit menjalani satu sesi rawatan urut tradisional bahagian belakang badan iaitu semasa pesakit meniarap,pesakit akan diminta untuk baring terlentang pula untuk mendapatkan satu sesi rawatan urut tradisional bahagian depan badan.Rawatan urut tradisional bahagian depan badan ini tidaklah sepanjang masa sesi rawatan urut tradisional bahagian belakang badan.Ianya sebagai rawatan pelengkap untuk rawatan urut tradisional seluruh badan tersebut.Sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan badan ini tidak kurang pentingnya kerana ia melibatkan rawatan urut tradisional bermula dari kaki,naik ke atas sehingga bahagian dada.


Cara Rawatan Urut Tradisional Depan Badan.

Chest Massage 300x201 Rawatan Urut Tradisional Bahagian Depan BadanDalam sesi rawatan urut tradisional bahagian depan badan ini,rawatan urut tradisional ini melibatkan sesi rawatan semasa pesakit baring terlentang.Rawatan urut tradisional pada posisi ini adalah rawatan urut tradisional pada bahagian kaki,bahagian depan betis,bahagian hadapan paha, bahagian perut, bahagian dada dan bahagian batin.
Mula-mula untuk sesi rawatan urut tradisional bahagian kaki,sesi rawatan urut tradisional ini diberikan dalam tempoh 15 minit iaitu urut tradisional berasaskan rawatan urut tapak kaki atau refleksilogi.Rawatan urut tradisional ini di berikan di bahagian hadapan kaki iaitu di celah-celah tulang kaki dan juga urutan di belakang betis atau labu betis.Rawatan urut tradisional bahagian kaki ini diberi dengan menghilangkan segala angin yang berkumpul di bahagian yang terlibat.

Selepas itu,sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan betis pula diberikan di mana bahagian hadapan betis ini adalah terdiri daripada tulang kering dan juga otot bahagian bawah tulang beserta sedikit bahagian di labu betis.Dalam Sesi rawatan urut tradisional bahagian depan betis ini,betis pesakit iaitu bahagian bawah tulang kering dan sedikit labu betis akan diurut menggunakan ibu jari untuk membuang segala angin yang berkumpul di bahagian tersebut.Di bahagian hadapan betis ini terdapat satu urat besar sebesar ibu jari tangan sepanjang 1 kaki yang terletak betuk-betul di tepi tulang kering.Urat ini biasanya tukang urut tradisional sentuh atau urut dengan urutan yang lembut dan tidak terlalu keras kerana ia sensitif.Jika tersilap tekanan akan memberi satu rasa kesakitan yang melampau yang memakan masa berhari-hari untuk hilang walaupun segala angin di bahagian tersebut telah hilang.Bahagian yang dikecualikan urut di bahagian depan betis ini adalah atas tulang kering tersebut kerana di situ tidak terdapat apa-apa otot.
Selepas itu,satu sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan paha diberikan.Untuk pelanggan yang mengalami masalah batin,sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan paha ini teramat penting kerana bahagian hadapan paha ini merupakan salah satu bahagian urat batin yang utama.Bagi yang mengalami masalah batin,bahagian hadapan paha ini akan keras kerana terdapat otot di sini telah mengandungi angin yang menyekat peredaran darah yang baik ke bahagian batin.Walau angin di bahagian ini tidak dapat dirasai dengan jelas,tetapi angin tersebut mungkin berada di bahagian bawah otot-otot paha tersebut.Dalam rawatan urut tradisional bahagian paha ini,tukang urut tradisional akan mengurut untuk membuang angin yang mengeras di bahagian ini.Bagi pesakit yang mengalami masalah batin yang serius,rawatan urut untuk membuang angin tersebut akan disertakan dengan rawatan urut untuk melembutkan otot di bahagian hadapan paha ini.Kesan urut tradisional paha yang baik bukan untuk kesihatan batin sahaja,tapi paha anda akan menjadi kuat dan langkah atau larian anda akan bertenaga selepas ini.
Selepas sesi rawatan urut tersebut,satu sesi rawatan urut bahagian perut dimulakan di mana rawatan urut bahagian perut ini diberikan dalam bentuk urutan berbentuk bulatan.Bahagian di sisi perut juga diberikan selepas itu untuk menghilangkan lemak yang berada di tepi perut kita.Yang paling utama dalam rawatan urut tradisional bahagian perut ini adalah,perut kita akan diurut ke bahagian atas hingga sampai di dada.Urutan ini dapat melegakan pernafasan seseorang pesakit bagi orang yang mengalami masalah sesak nafas.
Selepas itu sesi rawatan urut tradisional bahagian dada diberikan kepada pesakit dimana rawatan urut tradisional bahagian dada ini diberikan untuk keseluruhan bahagian dada tersebut.Rawatan urut tradisional dada ini akan diberikan di bahagian atas dada termasuk bahagian sisi dada pesakit termasuk ketiak.Bagi orang yang mengalami masalah sesak nafas,sakit dada dan bagi orang yang kuat merokok,rawatan urut tradisional dada ini akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.Urut tradisional dada yang baik,pasti boleh mengeluarkan kahak dan lendir yang berada di bahagian dalam dada tersebut bagi orang yang kuat merokok.Sesungguhnya rawatan urut tradisional dada bagi perempuan dan lelaki berbeza.Rawatan urut tradisional dada bagi lelaki adalah sebagaimana di atas,manakala rawatan urut tradisional dada bagi wanita pula adalah dilarang mungurutnya ke arah bawah.Bimbang takut buah dada akan jatuh.
Rawatan urut tradisional terakhir atau penutup adalah rawatan urut tradisional batin.Didalam website saya ini,terdapat artikel tentang rawatan urut batin beserta kepentingannya.

Mengapa Pentingnya Rawatan Urut Tradisional Depan Badan.

orig Full Body Inc Leg Massage 300x220 Rawatan Urut Tradisional Bahagian Depan BadanRawatan urut tradisional bahagian hadapan badan penting kerana ianya sebagai pelengkap selepas kita menjalani rawatan urut tradisional bahagian hadapan badan.Dengan sesi rawatan urut tradisional bahagian belakang dan hadapan badan yang baik dari pakar urut tradisional,pastinya,tubuh anda akan merasa sihat dan bertenaga kembali untuk bekerja mencari rezeki serta menjalankan aktiviti lain.Untuk memberikan nilai wang yang tinggi,seorang pesakit atau pelanggan seharusnya menyelidik dan seterusnya mendapat urut tradisional dari pakar rawatan urut tradisional.

URUT TRADISIONAL KEPALA


Kepala merupakan organ badan yang paling utama bagi seseorang manusia.Di kepala terdapat banyak urat saraf yang amat sensitif.

Urat saraf ini memberikan fungsi bagi satu peredaran darah yang baik untuk kesihatan otak,rambut,mata,telinga dan angota lain di kepala.Tanpa peredaran darah yang baik,seseorang akan merasa pening kepala kerana otak tidak mendapat oksigen yang  cukup untuk menjalankan fungsi-fungsinya.Rambut juga tidak akan tumbuh dengan sihat sekiranya darah tidak berjalan dengan lancar di bahagian tersebut.Pandangan mata juga tidak akan terang dengan baik sekiranya darah di kepala tidak mendapat bekalan darah berkhasiat yang mencukupi.Begitu juga dengan telinga di mana pendengaran juga tidak akan setajam sebagaimana telinga yang mendapat bekalan darah beroksigen yang sihat.Berbalik kepada otak kita,ada otak individu yang mengalami pendarahan dan darah membeku di bahagian otak.Hal ini teramat bahaya untuk kesihatan yang boleh membawa maut.Semua masalah pembekalan darah beroksigen yang baik di bahagian kepala dapat diselesaikan dengan rawatan urut tradisional.

stock photo chakras head massage ancient maya therapy central america shiatsu 74060068 300x213 Urut Tradisional Bahagian KepalaMengapa Rawatan Urut Tradisional Di Bahagian Kepala Penting.

Rawatan urut tradisional di bahagian kepala teramat penting untuk member satu peredaran darah yang baik di kepala yang mana rawatan urut tradisional kepala yang baik boleh menghilangkan pening kepala,migrain beserta otak kita akan dapat merasa rileks dan dapat berfikir dengan baik.Hal ini berlaku kerana,sentuhan tangan dalam rawatan urut tradisional kepala tersebit akan menghilangkan segala urat saraf yang berketul dan tersumbat di urat saraf bahagian kulit kepala,bahagian tepi kepala berhampiran telinga,bahagian dahi dan juga bahagian leher.Bilamana rawatan urut tradisional diberikan di bahagian kepala tersebut,segala angin atau ketulan di urat saraf yang saling berhubungan itu akan memberikan satu peredaran darah yang sihat di mana darah yang sihat ini datangnya dari bahagian jantung kita yang melalui bahagian leher seterusnya ke seluruh bahagian kepala.Jika bahagian leher kita bermasalah,bermakna peredaran darah di bahagian kepala juga akan bermasalah yang akan membawa kepada pening kepala atau migrain.

Cara Rawatan Urut Tradisional Di Bahagian Kepala.

Tukang urut tradisional biasanya akan menggunakan ibu jari untuk memberi satu sesi rawatan urut tradisional di bahagian kepala.Tukang urut tradisional akan menggunakan kedua-dua ibu jari tangan bagi mengurut kepala secara perlahan-lahan dan juga dengan cara menusuk menggunakan hujung ibu jari tangan di bahagian kulit kepala.Urutan perlahan-lahan akan menghilangkan ketulan angin di bahagian kulit kepala yang akan memberi satu kesihatan kepala yang baik sekirannya ketulan angin di saraf kulit kepala tersebut hilang.Tusukan di kulit kepala pula adalah dengan menggunakan hujung ibu jari di mana tusukan diberikan oleh hujung ibu jari dengan menggunakan berat anggota badan tukang urut tradisional tersebut.Urut tradisional bahagian lain di kepala diberikan di bahagian sisi kepala.Bahagian ini adalah kawasan antara telinga dengan dahi seseorang pesakit tersebut.Rawatan urut tradisional yang diberikan di kawasan ini adalah dengan 3 jari iaitu jari telunjuk,jari hantu dan jari manis ataupun dengan menggunakan kedua ibu jari sahaja dengan cara menekan sedikit dan kemudiannya urutan berbentuk bulatan dilakukan selama beberapa minit.Rawatan urut tadisional kepala yang betul akan memberikan satu kesegaran kepada seseorang yang mengidap sakit atau pening kepala.Urut bahagian dahi juga biasanya diberikan dalam rawatan urut tradisional ini iaitu dengan menggunakan kedua ibu jari.Ia bermula dengan menekan beberapa kali satu lubang kecil di kening kita iaitu berhampiran hidung.Dan kemudian urut tradisional di dahi bermula iaitu dengan meletakkan 2 ibu jari di tengah dahi,ditarik kedua ibu jari tersebut sehingga sampai di Facial Massage Urut Tradisional Bahagian Kepalatelinga.Langkah ini diulang beberapa kali sehingga semua kawasan dahi diurut dan tiada lagi ketulan.
Sebenarnya,rawatan urut tradisional di bahagian kepala serba sedikit akan menghilangkan darah beku yang berkumpul di kepala di mana urat saraf di kepala yang bebas dari angin akan membawa darah yang sihat untuk menggantikan darah yang membeku tadi.Sebaiknya,bagi pesakit yang mengalami sakit pening kepala,dapatkanlah rawatan urut tradisional badan dan kepala atau paling tidak rawatan urut tradisional leher dan kepala sahaja dari pakar urut tradisional.

LENGUH-LENGUH

Urut Tradisional | Lenguh-Lenguh Disebabkan Oleh Penyakit Dan Ketegangan Urat.

Masalah lenguh-lenguh dalan rawatan urut tradisional yang dialami oleh seseorang adalah berpunca dari ketegangan urat saraf dan adakalanya disebabkan oleh sesuatu penyakit yang dihidapinya.Pendek kata setiap orang bermula dari golongan petani,buruh kasar hinggalah kepada para professional khususnya pasti mengalami masalah ini sekali sekala atau berterusan.

Urut Tradisional | Sebab-Sebab Berlaku Lenguh-Lenguh.

sport massage Urut Tradisional | Lenguh LenguhDi negeri Kelantan,masalah lenguh-lenguh badan lebih dikenali sebagai demam urat.Kes ini terjadi kerana tidak adanya penyelaras dan keseimbangan di antara waktu-waktu bekerja dengan waktu berehat/tidur,makan,bersenaman untuk mengeluarkan peluh serta waktu yang perlu ke tandas.Dalam konteks yang lain pula,manusia masa kini terlalu amat mengejarkan kebendaan sehingga sanggup menjalankan tugas yang melampaui batas di luar bidang keupayaan mental dan fizikal mereka tanpa berpandu kepada etika,prinsip serta Jadual Pergerakan Hidup Harian.
Adalah terlalu amat malang bagi masyarakat moden kini yang maju dan berpendidikan tinggi tetapi tidak tahu membahagikan masa.Akibatnya,berlakulah ketegangan urat saraf serta pembengkakan otot-otot di mana ianya boleh memperlahan perjalanan darah di dalam badan dan akhirnya menimbulkan pelbagai masalah termasuklah penyakit lenguh-lenguh.

Urut Tradisional | Golongan Yang Sering Terkena Demam Urat.

Setakat ini talah dikenalpasti kira-kira 15 kumpulan yang dikatakan mengalami demam urat samada bermusim ataupun secara berterusan.Antara mereka adalah:
1. Lelaki yang baru sebulan dua mendirikan rumahtangga.
2. Pemandu atau penumpang kenderaan di perjalanan yang jauh sekali sekala.
3. Orang yang politik dimusim Pilihan Raya.
4. Ahli sukan atau pemain bola yang sudah bersara.
5. Penyanyi Kelab Malam.
6. Kumpulan Berdikir Barat diwaktu tengah malam.
7. Kumpulan dalam pertandingan rebana.
8. Kakitangan/pekerja malam tanpa tidur.
9. Pengidap penyakit gout.
10. Pengidap penyakit kencing manis.
11. Berpindah rumah,angkat barang sendiri.
12. Pegawai/Kakitangan bertugas di atas kapal terbang.
13. Mangsa yang terbabit dalam kemalangan yang teruk.
14. Seseorang yang diurut dengan tekanan yang terlalu kuat.
15. Tukang Urut.Bomoh Urut yang menjalankan tugas di tengah malam.
lenguhh Urut Tradisional | Lenguh LenguhMasalah lenguh-lenguh ini boleh dihilangkan dengan rawatan urut tradisional.Tukang urut tradisional mahir pasti tahu macamana untuk mengatasinya dengan menyediakan rawatan urut tradisional sesuai dengan keadaan pesakit mereka.Bagi masalah lenguh yang berpunca dari ketegangan urat saraf,sekali rawatan urut tradisional,masalah tersebut mungkin sudah dapat diatasi.Ini bergantung setakat mana angin yang membengkak pada otot-otot badan pesakit tersebut.Kalau ketegangan urat dalam badan terlalu banyak,maka lebih lamalah sedikit masa yang diperlukan oleh tukang urut tradisional itu untuk menghilangkannya.Ini agar,segala ketulan-ketulan angin dan juga urat yang membengkak itu dapat dihilangkan dan dilembutkan sepenuhnya demi kesihatan yang dapat dikekalkan untuk jangkamasa yang panjang.Untuk dapat kesan terbaik,dapatkan rawatan urut tradisional dari orang yang pakar semestinya dalam bidang urut tradisional.

TEKANAN DARAH TINGGI

Urut Tradisional | Tugas-Tugas Darah.

Darah adalah sejenis tisu cecair yang berada dalam tubuh manusia.Jumlah kuantiti isipadunya ialah lebih kurang 10 pain bagi orang dewasa.Kandungan yang terdapat di dalamnya pula ialah 45% darinya ialah pepejal yang terdiri dari sel-sel darah manakala bahan cecairnya pula sebanyak 55% yang dikenali sebagai plasma darah.

Tugas-Tugas Darah.
Terdapat sekurang-kurangnya 7 fungsi utama darah yang terdapat di dalam badan manusia sepertimana yang dihuraikan di bawah:
1. Membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
2. Memindahkan bahan kumuh dari tisu tubuh untuk disingkir keluar karbon dioksida ke peparu,urea ke buah pinggang atau ginjal,air ke kulit tubuh,ginjal dan peparu.
3. Membawa hormon dan enzim dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Sel darah putih yang terdapat di dalam darah berperanan sebagai tentera untuk memulihara dan mengawal tubuh pada masa diserang oleh mana-mana kuman atau virus yang membawa penyakit.Banyak di kalangan sel-sel itu yang musnah bersama-sama dengan kuman.
5. Sel pembeku yang terdapat di dalam darah iaitu fibrinogen bertugas sebagai pelindung tempat-tempat yang luka dan mencegah tumpahan darah.
6. Pengaliran darah ke seluruh badan boleh membantu mengawal suhu badan.
7. Mengeluarkan warna normal kepada tubuh dan memecahkan sel-sel darah merah untuk mengeluarkan bahan pewarna kepada hempedu,air kencing dan najis.
Penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit tajuk jantung(Coronary Heart Desease) sememangnya mempunyai kait-mengait antara satu sama lain.Dengan lain kata-kata,apabila seseorang itu terkena penyakit jantung,sudah tentu ia juga akan diserang oleh tekanan darah tinggi dan begitulah sebaliknya.
Pengerasan yang berlaku di arteri ataupun “Arterious Klerosis” sebenarnya mempunyai hubungkait dengan kadar kolestrol yang ada di dalam darah.
Bahaya Kolestrol.
kolestrol Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalKolestrol ialah bahan lemak ataupun bahan berminyak yang membentuk sebahagian daripada dinding sel tubuh.Ianya juga merupakan blok asas bagi pembinaan hormon steroid.Sekiranya peningkatan paras kolestrol darah agak tinggi,menyebabkan ianya mudah terkumpul dalam dinding arterinya yang menyebabkan tersumbat dan tersekat bekalan darah.Inilah dia apa yang dipanggil pengerasan arteri yang boleh menyebababkan serangan jantung,strok ataupun tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh berlaku pada bila-bila masa ke atas seseorang apabila terjadinya pengerasan arteri,penyakit ginjal,kegemukan yang berlebihan,terlalu tinggi paras kolestrol dalam darah dan juga ketegangan saraf serta emosi yang berterusan.Tekanan darah tinggi biasanya boleh menyerang seseorang seawal-awalnya pada usia 30 tahun,selain itu faktor baka atau keturunan juga menyebabkan seseorang boleh terkena tekanan darah tinggi.

b.p set1 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalUrut Tradisional | Mengukur Tekanan Darah.

Dalam menyukat ukur tekanan darah untuk menentu samada tinggi atau rendah,doktor biasanya menggunakan sejenis alat yang dipanggil “B.P.SET”.Pemerhatian ditumpu pada tekanan jantung yang tertinggi sewaktu kemasukan darah dalam salurnadi dan ini disebut “Systolic”.Manakala yang rendah disebut “Diastolic” iaitu ukuran tekanan darah yang ada dalam salurnadi sebelum jantung berdenyut lagi.
Paras tinggi atau rendah tekanan darah seseorang boleh dilihat melalui milimiter air raksa yang menunjukkan tingginya tekanan itu.Ukuran tekanan darah normal bagi seorang dewasa ialah 120/80.Sekiranya tekanan sudah sampai ke paras 140/90,itu beerti anda sudah terkena tekanan darah tinggi.
Perlu dijelaskan bahawa semakin tinggi kadar tekanan darah,maka semakin tinggi risiko pengerasan arteri.Ini disebabkan tekanan darah yang tinggi akan menekan dan menghimpit kolestrol ke dalam dinding arteri.Dengan lain kata-kata,tekanan darah yang tinggi telah memaksa jantung bekerja kuat.Keadaan ini telah menyebabkan jantung terpaksa bekerja teruk akibatnya otot-otot jantung semakin membesar.
Pada peringkat awalnya salurnadi arteri dilihat mempunyai lubang yang agak luas,tetapi lama kelamaan ianya semakin hari semakin tertutup oleh kolestrol darah yang akhirnya menyebabkan seseorang terkena serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
kuaci2 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalMengurangkan Kolestrol Darah.
Dari penjelasan yang diberi,jelaslah kepada kita bahawa salah satu faktor utama menyebabkan seseorang boleh diserang oleh penyakit darah tinggi ialah berpunca dari tingginya paras kolestrol darah,maka langkah awalan yang perlu diambil ialah berusaha agar paras kolestrol dapat diturunkan.Untuk itu,garis panduan berikut haruslah diikuti.
1. Lebihkan memakan roti dan bijirin,buah,kacang,biji-bijian dan sayuran hijau.Kesemuanya ini,rendah kandungan lemak,tiada kolestrol dan kaya dengan serabut,vitamin dan mineral.
2. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti daging merah berlemak,kulit ayam,krim,keju dan mentega.
3. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan kolestrol seperti daging,organ (perut,otak,limpa dll) serta kuning telur.
4. Elakkan makanan yang dimasakkan dengan minyak atau lemak berlebihan.Sebaik-baiknya kurangkan makanan bergoreng.Cubalah makanan yang direbus kukus atau bakar.
5. Kurangkan makanan bergaram seperti ikan kering,telur masin,sayur jeruk atau kicap.
6. Waktu tidur perlulah dijaga di mana tidur yang cukup bagi orang dewasa ialah antara 7 hingga 8 jam di waktu malam.Satu kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor di sebuah universiti di Holland Belanda beberapa tahun lalu mandapati bahawa tekanan darah seseorang yang tidak mendapat tidur yang cukup atau langsung tidak tidur diwaktu malam baik secara mendadak,manakala keadaan urat sarafnya dapati tegang bengkak dan berbuku-buku.
7. Hentikan terus pengambilan alkohol.
8. Kurangkan pengambilan garam.
9. Banyakkan bersenam,kerana dengan cara bersenam dan mengeluarkan peluh boleh membantu menghancurkan lemak dan kolestrol.
10. Berbekam biasanya diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam rawatan urut tradisional dizaman silam.Ianya dilakukan apabila dirasai selalu sakit kepala,gelap mata atau terlalu tegang dan terasa berat di bahu serta tengkuk.Walau bagaimanapun,amalan berbekam dalam rawatan urut tradisional di kalangan masyarakat Melayu kini di peringkat kampung mahupun di bandar sudah hampir pupus.
Berbekam dalam rawatan urut tradisional ialah satu perbuatan di mana darah disedut keluar di sekitar kepala dengan menggunakan gelas atau botol kecil ataupun tanduk lembu.Cara-cara berbekam dalam rawatan urut tradisional adalah seperti berikut:
Cara Cara Berbekam:
bekam 22 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut Tradisionali.   Rambut di belakang kepala dicukur terlebih dahulu seluas mana permukaan gelas.
ii.  Nyalakan sedikit api di dalam gelas selama 2 minit kemudian matikan api tersebut.
iii. Sebelum api di dalam gelas dimatikan,lukakan terlebih dahulu kulit kepala kepada lima,enam tempat sekadar mana boleh mengalirkan darah.
iv. Sejurus selepas api dipadamkan lekatkanlah permukaan gelas pada kulit kepala.Dalam tempoh beberapa minit sahaja darah kelihatan disedut keluar.
v.  Gelas akan tertanggal dari kepala dengan sendirinya dalam masa tak sampai 10 minit.Selepas itu sapukan kapas yang sudah dicelup dalam alkohol di tempat yang luka-luka tadi.
Biasanya,selepas berbekam seseorang akan merasai ringan di sekitar bahu,belikat,di kepala manakala penglihatannya dirasai lebih terang dan jelas.Keadaan ini akan dinikmatinya selama kira-kira lebih dari 1 tahun dan pada masa itu ia akan cuba dibekamkan sekali lagi.
Antara alat-alat berbekam ialah:
*  Satu biji gelas kecil.  *  Pisau cukur dan gunting.  * Kapas serta kain bendeg.  * Mancis Api.
11. Hentikan merokok.
Merokok sudah dikenal pasti membawa masalah dan gangguan kesihatan kepada manusia.Antaranya termasuklah gangguan ke atas sistem saraf,sistem pencernaan,sistem peredaran darah dan juga sistem pernafasan.
Bahan-Bahan Yang Ada Dalam Rokok:
smoking Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut Tradisionali.  Nikotin – Bahan nikotin boleh meningkatkan pengeluaran kolestrol yang akhirnya boleh menyebabkan pengerasan salur darah,menaikkan tekanan darah dan juga paras gula di dalam darah serta menambahkan denyutan jantung.
ii. Karbon monoksida – Gas karbon monoksida menyerap masuk ke dalam hemoglobin darah dan mengatasi paras oksigen menyebabkan jantung terpaksa menggandakan tugasnya untuk mendapatkan darah beroksigen yang cukup.
Sungguhpun asap rokok yang anda sedut masuk ke dalam badan mengandungi lebih dari 300 jenis bahan kimia berbahaya,namun saya kira cukuplah dengan menjelaskan 2 jenis sahaja bahan kimia yang perlu diketahui umum.
12. Banyak Bersenam.
Di sana anda akan menemui berbagai jenis senaman yang ringan-ringan yang boleh mengeluarkan peluh.Adalah lebih baik jika anda memulakan senaman dengan cara berperingkat-peringkat bermula dengan berjalan kaki,berbasikal,jogging dan diikuti dengan jenis senaman yang lebih berat.Dengan menggunakan kaedah tersebut,anda sudah berjaya mengurangkan sebanyak 20% kalori diet anda dalam sehari.Cara senaman dengan berjalan kaki sebenarnya boleh mengurangkan paras kandungan lemak di bahagian kaki,betis,paha,punggung,pinggul dan abdomen.

Urut Tradisional | Jenis-Jenis Ubatan Tradisional Untuk Penyakit Darah Tinggi.

Buah Mengkudu.
mengkudu1 Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut Tradisionali.   Ambillah buah mengkudu yang sudah masak,diperah dan diambil airnya.Minumlah air tersebut setiap pagi sebelum mengambil sarapan.Amalkan sehingga 1 minggu.
ii.  Amal memakan cekur merah sebesar 1/2 cm setiap hari.
iii. Ambil daun sup,tumbuk hingga ianya lumat kemudian perah dan cubalah minum airnya setiap hari.
iv. Campurkan segelas air kelapa muda dengan sedikit serbuk kopi dan sebuku garam,kacau dan minumlah sebanyak 2 kali dalam seminggu.
Rawatan urut tradisional juga teramat penting dalam merawat penyakit darah tinggi.Melalui rawatan urut tradisional,segala lemak dan kolestrol  yang menyekat salur darah akan dapat dihancurkan.Kesan daripada rawatan urut tradisional tersebut,salur darah akan menjadi bertambah lega dan kosong yang membolehkan darah dapat melaluinya dengan lancar.Tanpa rawatan urut tradisional seluruh badan,segala salur darah yang tersumbat tadi tidak akan disentuh,menyebabkan darah tersumbat sepertimana longkang yang tersumbat.Lama kelamaan,salur darah tersebut akan pecah terutamanya di bahagian leher yang mana keadaan ini orang panggil “strok”.Akan tetapi,untuk mendapatkan rawatan urut tradisional,carilah tukang urut tradisional yang berkemahiran dan berpengetahuan,kerana tukang urut tradisional seperti itu akan merawat semua salur darah di seluruh anggota badan melalui rawatan urut tradisional dengan jayanya.


urut Penyakit Darah Tinggi Dalam Rawatan Urut TradisionalSesungguhnya,jika anda memilih tukang urut tradisional yang tidak tahu apa-apa tentang rawatan urut tradisional,rawatan urut tradisional yang sedang didapati tersebut berkemungkinan akan bertukar menjadi satu tragedi di mana,semasa rawatan urut tradisional dijalankan,jika tukang urut tradisional itu tersalah mengurut di tempat yang sensitif terutamanya di bahagian leher,mungkin salur darah pesakit rawatan urut tradisional tersebut akan pecah.Hal ini akan menyebabkan kematian.Bagi penyakit darah tinggi yang serius,dapatkanlah rawatan urut tradisional dari tukang urut tradisional yang arif tentang cara rawatan urut tradisional.

SISTEM SARAF DALAM TUBUH MANUSIA


Functions Of Central Nervous System 300x225 Sistem Saraf Dalam Tubuh Manusia

Manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah makhluk tuhan yang paling mulia dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan kesempurnaan manusia tidak terbatas pada bentuk fizikal,tetapi dari segi kejiwaan,seperti tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.


Jasad manusia adalah terdiri daripada sel-sel,otot(muscle),tulang(anatomy),saraf(nerve),darah(blood) dll.Jasad manusia pula diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang sentiasa bertugas siang dan malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga ke akhir hayat.
Sistem saraf untuk kesejahteraan badan manusia.Tugas utama saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia terdiri daripada beribu-ribu

urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf kepada manusia.
Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang menghubungkan otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri daripada 3 bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu tunjalan terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang,yang bertugas sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.Sementara sistem saraf pinggir pula bertugas sebagai sistem yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan penerima dan penjejas atau dikenali juga sebagai saraf yang mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot dengan sistem saraf pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi maklumat dari otak mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar badan.Organ-organ deria ini peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan cahaya.Sementara penjejas pula termasuklah semua struktur yang bergerak balas terhadap maklumat yang diterima dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.

Hubungan Otot Dan Saraf.

muscle 300x215 Sistem Saraf Dalam Tubuh ManusiaOtot dan saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan fungsinya.Setiap pergerakan yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan otot dan saraf.Tindakan antara otot dan saraf adalah saling berkaitan antara satu sama lain,tidak dapat dipisahkan.Bahagian-bahagian otot utama ialah urat belikat(the dorsal muscle),urat amris(otot pada leher),otot jantung betis(anjing-anjing),jantung paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di bahagian depan lengan dari siku ke pergelangan tangan).
Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka,otot licin(polos),dan otot kardiak.Hampir semua otot rangka yang juga dikenali sebagai otot berjalur terlekat pada tulang-tulang rangka melalui jalur yang berupa tali yang disebut tendon.Tendon ialah urat yang menghubungkan sendi ke tulang seperti urat keting,urat pengandar dan urat pengetul iaitu urat di belakang lutut.
Dalam otot rangka terdapat otot fleksor dan otot ekstensor.Otot-otot ini terdapat pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada sendi lutut,tumit dan di setiap sendi jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.Setiap otot boleh menyebabkan organ membengkok dan satu organ lagi melurus.Otot-otot yang membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara otot yang meluruskan sendi siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus berperanan,kecuali sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat kecederaan atau penyakit.
Otot licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot yang melapisi sebahagian besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi kencing dan rahim.Otot licin ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah otot luar kawal,kerana ia bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah otot jantung yang juga merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin berbeza dengan otot kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan daripada saraf.Dalam kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls) di sepanjang sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan dirangsangkan untuk bergerak.

sel saraf pada manusia 300x180 Sistem Saraf Dalam Tubuh ManusiaFungsi Saraf.

Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa tindakan refleks.
Pada manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan refleks.Kadang-kadang doktor melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada seseorang itu normal atau tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika duduk dengan kaki terlepas bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu isyarat disampaikan di sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron lain akan menyampaikan isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah sampai ke otot yang sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan,menyebabkan otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.
Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung bersama untuk membentuk tisu-tisu badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.Saraf kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di otak dan menular ke bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ bau di hidung dan sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31 pasang,yang berasal dari saraf tunjang di bahagian belikat.
Kebanyakan aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls bergerak ke bahagian bawah mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke tisu-tisu badan,menyebabkan tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila dirangsangkan oleh saraf yang membawa utusan dari otak,hasil daripada keputusan secara sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan otak.Tisu jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini mengandungi otot luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut dan usus yang sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika makanan dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.

Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.

sh208 da back1 172x300 Sistem Saraf Dalam Tubuh ManusiaDalam huraian yang bterdahulu,jelas menunjukkan betapa pentingnya saraf dalam menggerakkan semua bahagian badan.Oleh itu,sekiranya perjalanan fungsi saraf kurang lancar,badan akan menjadi dingin,menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan tidak bertenaga.Akibatnya badan akan mudah menerima gangguan penyakit.Terjadi demikian kerana kesihatan tubuh seseorang bergantung kepada keadaan perjalananan  saraf,yang berfungsi sebagai alat komunikasi.
Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman,seperti bakteria dan virus,kekurangan zat makanan,kelebihan zat makanan,keracunan makanan (food poisoning) atau akibat sampingan ubat yang dimakan,tetapi disebabkan oleh gangguan saraf (Terjodiprono).Dalam banyak kes,penyakit gangguan saraf selalunya berbeza dengan penyakit gangguan psikologi,meskipun kedua-dua penyakit ini berpunca daripada gangguan saraf.Penyakit gangguan saraf biasa seperti tersalah urat,lemah alat kelamin (impotency),kelumpuhan dan sebagainya,memerlukan rawatan pakar urat saraf (neurologi).Sementara pesakit saraf otak yang membawa seseorang hilang ingatan atau gila,memerlukan rawatan pakar psikiatri.
Penyakit gangguan saraf mungkin berpunca daripada amalan pemakanan,perlakuan atau kecederaan akibat kemalangan,menyebabkan saraf putus,disaluti lemak atau lendir,menyebabkan tidak dapat berfungsi normal.Kerosakan saraf misalnya mungkin menyebabkan darah tidak dapat berjalan dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di badan.Apabila saraf tidak berfungsi seperti biasa,badan terdedah kepada berbagai jenis penyakit saraf seperti krem(kreme),sakit sendi,sengal-sengal tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki tangan(numbness),sakit kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah alat kelamin(impotency),lemah urat peranakan,lumpuh(paralysis),tergeliat(streaching) dan lain-lain.
Penyakit lumpuh pada kebiasaannya terjadi pada orang dewasa,yang mencapai umur lebih daripada 40 tahun.Pada kebiasaannya penyakit ini dikaitkan dengan lemah jantung.Lumpuh juga berpunca daripada darah beku di bahagian tertentu otak,yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tertentu pada badan.Keadaan ini menyebabkan impuls saraf yang menguasai kegiatan,tidak dapat diteruskan ke hujung saraf sehingga otot-otot tidak dapat bergerak atau berfungsi.Inilah antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan,samada lumpuh seluruh badan,separuh badan atau mana-mana anggota badan tertentu.
Amalan perlakuan dan pemakanan harian seseorang juga boleh mengakibatkan penyakit gangguan saraf.Amalan menahan kencing misalnya,jikalau dilakukan secara berterusan,menjadi punca sakit karang(gonorrhoea), atau sakit uluran(testicular swelling) di kalangan kaum laki-laki.Amalan ini juga boleh menyebabkan terjadi bengkak di bahagian pundi-pundi kencing yang mengakibatkan seseorang kerap kencing.Lama kelamaan tabiat ini boleh menyebabkan sakit kencing bernanah.Pundi-pundi kencing yang membengkak,boleh menyebabkan merebaknya lain-lain penyakit gangguan saraf,seperti lemah alat kelamin,sakit pinggang(lumbago),sakit kepala,darah tinggi dsb.
Menurut seorang bomoh yang juga tukang urut tradisional,penyakit ini lebih mudah merebak sekiranya seseorang itu memakan makanan yang dianggap sejuk seperti pisang,tembikai,nangka,bayam dan beberapa jenis sayuran lain,meminum minuman sejuk atau yang mengandungi air batu.
Oleh kerana kesempurnaan saraf itu penting,berbagai-bagai cara dilakukan oleh orang Melayu tradisional untuk menjaga dan memulihkannya,sekiranya ia tidak berfungsi normal.Salah satu cara yang diamalkan ialah dengan mendapatkan rawatan urut tradisional yang dilakukan oleh orang yang pakar mengenainya.Ketika rawatan urut tradisional,tukang-tukang urut tradisional juga menggunakan bahan-bahan bantuan seperti minyak urut atau air yang telah didoakan atau dijampi.Minyak urut tradisional digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,selain mengelakkan kesan sakit akibat urutan dari rawatan urut tradisional tersebut.
Selain mendapatkan rawatan urut tradisional,pantang larang amalan-amalan tertentu juga perlu dipatuhi,samada pantang larang perlakuan mahupun pemakanan.Pesakit gangguan saraf ditegah melakukan kerja-kerja berat dan pantang memakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sejuk.Sebaliknya pesakit digalakkan memakan makanan yang dianggap panas,seperti halia (Zinglber officinale),lengkuas(Alpinia),lada hitam(Piper nigrum) dsb.
Salah satu bahan yang elok dimakan untuk memanaskan badan ialah jintan hitam,atau yang juga dikenali sebagai “habbah sauda”(Nigella sativa).Ianya disarankan ole Rasulallah s.a.w dalam sabdanya.
Cara terbaik untuk memakan ramuan ini ialah dengan menjadikannya serbuk dan dimasukkan dalam kapsul,ataupun dijadikan makjun.Untuk menjadikannya ubat dalam kapsul,setengah kilo jintan hitam diperlukan.Pilih jintan hitam yang masih segar,iaitu yang tidak dimakan ulat ataupun terlalu lama dalam simpanan.Jemur dan ayak untuk mengasingkannya daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti pasir,habuk juga lain-lain campuran.Kemudian digoreng tanpa minyak dalam kuali,di atas api yang sederhana besarnya sambil membalik-balikkan bahan tadi dengan sudip terus menerus.Pastikan bahan ini tidak terlalu garing di atas kuali.Ia memerlukan tiga suku masak sahaja.
Tumbuk atau mesin bahan ini sehingga halus setelah sejuk.Kemudian dimasukkan dalam kapsul.Ambil 3 biji kapsul setiap hari pagi dan petang selepas sarapan atau makan malam.Bahan ini boleh juga dimakan begitu sahaja tanpa memasukkan dalam kapsul,iaitu dengan mengambilnya sebanyak 2 sudu camca dengan mencampurkannya dengan air setengah gelas untuk diminum setiap pagi dan petang.
Untuk menjadikannya makjun,serbuk jintan hitam yang telah cukup halus dicampur dengan buah kurma yang telah ditumbuk lumat dan e9 300x182 Sistem Saraf Dalam Tubuh Manusiadiuli,dengan memcampurkannya sedikit madu asli.Kemudian digintil bulat sebesar ibu jari setiap satu.Lumurkan sedikit minyak kelapa asli sebelum disimpan dalam bekas.
Pesakit juga perlu melakukan senaman ringan selepas diurut dengan rawatan urut tradisional.Pantang larang,petua dan amalan perlakuan pemakanan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaedah perubatan Melayu tradisional.Malah ianya dianggap satu kemestian untuk membantu memulihkan sesuatu penyakit,termasuklah pemulihan urat saraf.