URUT & SAUNA
DAPATKAN KESEGARAN DENGAN URUTAN TRADISIONAL THAI DAN SAUNA KHAS UNTUK WANITA SAHAJA SILA KUNJUNGI PUSAT KAMI DI ALAMAT : 88, TAMAN INANG, KM 4,JALAN PUTRA 06250 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Selasa, 5 Mac 2013
Isnin, 11 Februari 2013
Rabu, 6 Februari 2013
Selasa, 5 Februari 2013
URUTAN TRADISIONAL DEPAN BADAN
Cara Rawatan Urut Tradisional Depan Badan.

Mula-mula untuk sesi rawatan urut tradisional bahagian kaki,sesi rawatan urut tradisional ini diberikan dalam tempoh 15 minit iaitu urut tradisional berasaskan rawatan urut tapak kaki atau refleksilogi.Rawatan urut tradisional ini di berikan di bahagian hadapan kaki iaitu di celah-celah tulang kaki dan juga urutan di belakang betis atau labu betis.Rawatan urut tradisional bahagian kaki ini diberi dengan menghilangkan segala angin yang berkumpul di bahagian yang terlibat.
Selepas itu,satu sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan paha diberikan.Untuk pelanggan yang mengalami masalah batin,sesi rawatan urut tradisional bahagian hadapan paha ini teramat penting kerana bahagian hadapan paha ini merupakan salah satu bahagian urat batin yang utama.Bagi yang mengalami masalah batin,bahagian hadapan paha ini akan keras kerana terdapat otot di sini telah mengandungi angin yang menyekat peredaran darah yang baik ke bahagian batin.Walau angin di bahagian ini tidak dapat dirasai dengan jelas,tetapi angin tersebut mungkin berada di bahagian bawah otot-otot paha tersebut.Dalam rawatan urut tradisional bahagian paha ini,tukang urut tradisional akan mengurut untuk membuang angin yang mengeras di bahagian ini.Bagi pesakit yang mengalami masalah batin yang serius,rawatan urut untuk membuang angin tersebut akan disertakan dengan rawatan urut untuk melembutkan otot di bahagian hadapan paha ini.Kesan urut tradisional paha yang baik bukan untuk kesihatan batin sahaja,tapi paha anda akan menjadi kuat dan langkah atau larian anda akan bertenaga selepas ini.
Selepas sesi rawatan urut tersebut,satu sesi rawatan urut bahagian perut dimulakan di mana rawatan urut bahagian perut ini diberikan dalam bentuk urutan berbentuk bulatan.Bahagian di sisi perut juga diberikan selepas itu untuk menghilangkan lemak yang berada di tepi perut kita.Yang paling utama dalam rawatan urut tradisional bahagian perut ini adalah,perut kita akan diurut ke bahagian atas hingga sampai di dada.Urutan ini dapat melegakan pernafasan seseorang pesakit bagi orang yang mengalami masalah sesak nafas.
Rawatan urut tradisional terakhir atau penutup adalah rawatan urut tradisional batin.Didalam website saya ini,terdapat artikel tentang rawatan urut batin beserta kepentingannya.
Mengapa Pentingnya Rawatan Urut Tradisional Depan Badan.

URUT TRADISIONAL KEPALA
Kepala merupakan organ badan yang paling utama bagi seseorang manusia.Di kepala terdapat banyak urat saraf yang amat sensitif.
Urat saraf ini memberikan fungsi bagi satu peredaran darah yang baik
untuk kesihatan otak,rambut,mata,telinga dan angota lain di kepala.Tanpa
peredaran darah yang baik,seseorang akan merasa pening kepala kerana
otak tidak mendapat oksigen yang cukup untuk menjalankan
fungsi-fungsinya.Rambut juga tidak akan tumbuh dengan sihat sekiranya
darah tidak berjalan dengan lancar di bahagian tersebut.Pandangan mata
juga tidak akan terang dengan baik sekiranya darah di kepala tidak
mendapat bekalan darah berkhasiat yang mencukupi.Begitu juga dengan
telinga di mana pendengaran juga tidak akan setajam sebagaimana telinga
yang mendapat bekalan darah beroksigen yang sihat.Berbalik kepada otak
kita,ada otak individu yang mengalami pendarahan dan darah membeku di
bahagian otak.Hal ini teramat bahaya untuk kesihatan yang boleh membawa
maut.Semua masalah pembekalan darah beroksigen yang baik di bahagian
kepala dapat diselesaikan dengan rawatan urut tradisional.
Mengapa Rawatan Urut Tradisional Di Bahagian Kepala Penting.
Rawatan urut tradisional
di bahagian kepala teramat penting untuk member satu peredaran darah
yang baik di kepala yang mana rawatan urut tradisional kepala yang baik
boleh menghilangkan pening kepala,migrain beserta otak kita akan dapat
merasa rileks dan dapat berfikir dengan baik.Hal ini berlaku
kerana,sentuhan tangan dalam rawatan urut tradisional kepala tersebit
akan menghilangkan segala urat saraf yang berketul dan tersumbat di urat
saraf bahagian kulit kepala,bahagian tepi kepala berhampiran
telinga,bahagian dahi dan juga bahagian leher.Bilamana rawatan urut
tradisional diberikan di bahagian kepala tersebut,segala angin atau
ketulan di urat saraf yang saling berhubungan itu akan memberikan satu
peredaran darah yang sihat di mana darah yang sihat ini datangnya dari
bahagian jantung kita yang melalui bahagian leher seterusnya ke seluruh
bahagian kepala.Jika bahagian leher kita bermasalah,bermakna peredaran
darah di bahagian kepala juga akan bermasalah yang akan membawa kepada
pening kepala atau migrain.
Cara Rawatan Urut Tradisional Di Bahagian Kepala.
Tukang urut tradisional biasanya akan menggunakan ibu jari untuk
memberi satu sesi rawatan urut tradisional di bahagian kepala.Tukang
urut tradisional akan menggunakan kedua-dua ibu jari tangan bagi
mengurut kepala secara perlahan-lahan dan juga dengan cara menusuk
menggunakan hujung ibu jari tangan di bahagian kulit kepala.Urutan
perlahan-lahan akan menghilangkan ketulan angin di bahagian kulit kepala
yang akan memberi satu kesihatan kepala yang baik sekirannya ketulan
angin di saraf kulit kepala tersebut hilang.Tusukan di kulit kepala pula
adalah dengan menggunakan hujung ibu jari di mana tusukan diberikan
oleh hujung ibu jari dengan menggunakan berat anggota badan tukang urut
tradisional tersebut.Urut tradisional bahagian lain di kepala diberikan
di bahagian sisi kepala.Bahagian ini adalah kawasan antara telinga
dengan dahi seseorang pesakit tersebut.Rawatan urut tradisional yang
diberikan di kawasan ini adalah dengan 3 jari iaitu jari telunjuk,jari
hantu dan jari manis ataupun dengan menggunakan kedua ibu jari sahaja
dengan cara menekan sedikit dan kemudiannya urutan berbentuk bulatan
dilakukan selama beberapa minit.Rawatan urut tadisional kepala yang
betul akan memberikan satu kesegaran kepada seseorang yang mengidap
sakit atau pening kepala.Urut bahagian dahi juga biasanya diberikan
dalam rawatan urut tradisional ini iaitu dengan menggunakan kedua ibu
jari.Ia bermula dengan menekan beberapa kali satu lubang kecil di kening
kita iaitu berhampiran hidung.Dan kemudian urut tradisional di dahi
bermula iaitu dengan meletakkan 2 ibu jari di tengah dahi,ditarik kedua
ibu jari tersebut sehingga sampai di
telinga.Langkah ini diulang beberapa kali sehingga semua kawasan dahi diurut dan tiada lagi ketulan.

Sebenarnya,rawatan urut tradisional di bahagian kepala serba sedikit
akan menghilangkan darah beku yang berkumpul di kepala di mana urat
saraf di kepala yang bebas dari angin akan membawa darah yang sihat
untuk menggantikan darah yang membeku tadi.Sebaiknya,bagi pesakit yang
mengalami sakit pening kepala,dapatkanlah rawatan urut tradisional badan
dan kepala atau paling tidak rawatan urut tradisional leher dan kepala
sahaja dari pakar urut tradisional.
Langgan:
Catatan (Atom)